Makanan Tengah Hari


Ikan Siakap Goreng 3 Rasa

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng) 
  • garam secukupnya
  • 100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
  • 2 sb minyak
Bahan Cincang Halus:
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 cm halia muda
  • 3 ulas bawang putih
Bahan Sos:
  • 1 sk kicap manis
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos plum (guna sos ikan)
  • 1 sb jus limau nipis
Bahan-Bahan dihiris Halus:

  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 4 - 5 biji cili padi

Cara Membuat Ikan Siakap Goreng 3 Rasa


#1: pertama. sediakan kukusan dan lumuri ikan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. sediakan pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.
#2: siapkan kuali dan panaskan minyak. selepas itu tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit. masukkan cili kisar dan goreng hingga cili agak masak sebelum dimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. kacau rata.
#3: selepas mendidih. masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
#4: masak kuah hingga masak dan kelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng atau dikukus.

Comments

Popular posts from this blog

MASHED POTATO ALA KFC

Kerabu Sotong Ala Thai

Kari Ayam Sedap dan Mudah