Posts

Kerabu Sotong Ala Thai

Image
Bahan-Bahan 500 gm sotong - potong dan cuci bersih 3 ulas bawang putih - diketuk 3 biji cili merah - tumbuk kasar 2 sudu besar air asam jawa 2 sudu besar sos ikan 2 biji limau nipis - perah dan ambil airnya, kulit limau jangan dibuang daun ketumbar - hiris kasar 2-3 biji kacang panjang - potong suka hati 2 biji tomato - hiris nipis secubit gula dan garam - sebab sos ikan dah masin Cara Membuat Kerabu Sotong #1. celur sotong sekejap kemudian masukkan kedalam air berais supaya sotong segar dan apabila sotong sudah agak-agak gebu boleh angkat ( jangan telur terlalu lama suaya mengelakkan sotong liat) #2. satukan semua bahan dalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata, perasakan dengan secubit gula dan garam, tapi ingat jangan bubuh garam berlebih sebab sos ikan dah masin. pandai-pandai seimbang rasa. #3. gaul sekejap kemudian hidangkan..     

MASHED POTATO ALA KFC

Image
Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah Cara-caranya 1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit. 3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api. 4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek. 5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih. 6. Tuangkan susu sikit demi sedikit  (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu)  dan lenyek lagi sehingga rata. Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar: 1 labu bawang besar (ditumbuk)  2 ulas bawang putih (ditumbuk)  4 sudu

Spageti Carbonara

Image
I really love this spageti tapi nak makan kat kedai punya mahal dan tak puas rasa sebab tak ikut taste kita sendiri. So, I learn how to cook it and finally I have my own recipe for this cook.   Bahan-bahan Spageti fettucine Sos prego Cheese keping Susu HL Original Minyak masak Bawang holland(cincang halus) Bawang putih(cincang halus) Serbuk lada hitam Sosej Ayam/ daging  Cara memasak  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam sehingga naik bau. Masukkan sosej dan ayam/ daging. Tuangkan sos prego ke dalam kuali. Gaul sehingga sebati. Masukkan susu HL ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati dengan sos prego. Masukkan cheese dan gaul. Siap untuk dihidangkan!

Kari Ayam Sedap dan Mudah

Image
Bahan-bahannya:   3 ketul ayam 1 genggam lada kering(kisar) 2 sudu rempah kari Baba's 1/2 bawang besar kuning 2 ulas bawang putih 1 biji kentang 1 cawan air 2 sudu minyak Secubit rasa Cara-cara membuatnya:   Mula-mula panaskan minyak. Tumis lada yang telah dikisar, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi. Masukkan air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam dan biarkan sehingga masak. Akhir sekali, masukkan secubit rasa atau garam dan gula dan biar sehingga sedikit pekat. Siap untuk di hidang!